Thursday, February 24, 2011

PAS GANTI UMNO : Anganan atau Mimpi atau Pembohongan semata...?

Logo ini digunakan untuk terus menipu Rakyat

As'salam....

Slogan yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin kecil dalam Pakatan Rakyat tetapi mengganggap diri mereka besar atau seolah-olah Parti merekalah yang dominan dalam Pakatan ini.

Apa yang sedang mereka bawa ini adalah suatu mimpi ngeri buat PAS sendiri.
Mana tidaknya, pilihanraya 2008 PAS memiliki hanya 24 kerusi termasuk yang di menangi di Parlimen Kuala Terengganu. ****Perlu di tegaskan bahawa YB Parlimen Kuala Terengganu hanya bertindak sebagai Pok Ke di Parlimen. Tak mendatangkan faedah langsung kepada rakyat Kuala Terengganu*****

Berbalik semula kepada pokok persoalan.
Hakikat sebenar amat jauh menyimpang.

BN

PAS

PKR

DAP

BEBAS

JUMLAH

139

24

28

28

6

222

Lihat sahaja pada jadual di atas. Beginilah hakikat sebenar kedudukan di Parlimen kini.

Hakikatnya kini PAS hanya memiliki 24 kerusi di Parlimen Paling sedikit jika dibanding rakan-rakan sebantalnya.

Banding pula dengan UMNO yang mempunyai 73 kerusi ketika ini. Kenapa PAS begitu optimis untuk menggantikan UMNO di Malaysia (Bermaksud menggantikan UMNO di Parlimen) Bermakna pemimpin PAS mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri siapa agaknya??? Tuan Guru Nik Azizkah???? Tuan Guru Haji Hadikah????Apakah pemimpin PKR terutama Abang Anwar akan tengok saje sambil tersenyum???? atau Lim Kim Siang atau Mr Singh mengeluarkan kata bidalan macam Karam Singh Walia "Kecil Tapak Tangan, Nyiru aku tadahkan"???? atau menggangguk sambil tolong menarik kerusi PM buat pemimpas PAS secara percuma????

Lihatt pula pada kerusi yang ditandingi pada PRU12, PAS hanya bertanding 67 kerusi termasuk PRK Kuala Terengganu. Sedangkan UMNO bertanding hampir 90 kerusi. Inilah mimpi ngeri yang menjadi kebimbangan PAS kerana mereka sedar bahawa mereka hanya berangan Mat Jenin.

Dengar plak cerita di dalam Muktamar PAS 2010, persetujuan telah dibuat bahawa PAS akan bertadning di 64 kawasan Parlimen sahaja. 60 kawasan akan ditandingi oleh Puak Melayu PAS dan 4 lagi akan diberikan kepada calon bukan ISLAM yang menyokong PAS menggunakan lambang PAS.... Jadi camner nak ganti UMNO kalau hanya bertanding 64 kerusi. Bukankah ini suatu pembohongan????

Apa yang lebih menyedihkan, setiap kali melancarkan Jentera Pilihanraya derma di kutip sebagai bantuan kepada mereka. Mereka sendiri mengatakan kerana BN, rakyat jadi susah, namun mereka terus mengambil kesempatan dengan menyediakan "supik rok rik" setiap kali ceramah atau terus-terusan mengutip derma untuk laiin-lain perkara sebagai jihad kononnya.

Yang nyata mereka sendiri sedar bahawa mereka tidak akan mampu menggantikan UMNO untuk menawan Malaysia.

Sahabatku, Jangan terus terpedaya dengan tipu helah hamPAS!!

Apa yang sebenarnya perlu dilakukan rakyat terutama di Kuala Terengganu ialah....

BERUBAH atau REBAH




No comments:

Post a Comment