Thursday, February 24, 2011

PAS SUDAH TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN ALASAN AGAMA UNTUK MENYERANG UMNO

ALHAMDULILLAH BERTEMU KEMBALI SAHABATKU.....

Sejak sekian lamanya PAS menggunakan alasan ISLAM untuk menyerang UMNO dengan slogan mereka PAS Membangun Bersama Islam dan lain-lain.

Namun kini rakyat elah sedar bahawa apa jua serangan PAS telah dipalit kembali ke ekor PAS sendiri. Bak kata pepatah, "Kata Dulang Paku Serpih, Kata Orang Dia Lebih"


SEBELUM...

Tuan Guru Haji Hadi "Sebelum ayam berkokok, PAS akan melaksanakan Hukum hudud.....
SELEPAS....

Tuan Guru Haji Hadi " Hukum hudud hanya 0.0001% daripada hukum ISLAM

DULU...

"Orang-orang Islam yang berkongsi denga
n orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963

KINI....

"PAS sedia gugur slogan negara ISLAM, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak ISLAM tetapi kalau MENYUSAHKAN...TAK APA." - 25 JUN 1999 Berita Harian


Demikianlah antara kebobokan yang dibuat oleh PAS semata-mata kerana mahu berkuasa di Malaysia. PAS sanggup menidakkan sesuatu yang terang-terangan benar dan sebalik mengiakan sesuatu yang tidak hanya
untuk berkuasa...

DULU..... "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekaeja " - Nik Aziz Nik Mat 16 Mac 1999 Kota Baharu

KINI.... PAS telah meletakkan calon wanita di Tenang

Semua yang dihumban ke kerongkong UMNO telah menyebabkan tekak PAS sendiri semakin tersekat dan tersedak dengan kotoran yang menyakitkan.

Begitulah antara alasan agama yang digunakan oleh PAS untuk menyerang UMNO. Namun kini semuanya terbukti bahawa PA
S hanya berjuang untuk menjaga periuk nasi mereka sendiri sahaja.
PAS telah kehabisan modal untuk menyerang UMNO dengan menggunakan alasan agama ISLAM. Rakyat juga telah sedar bahawa PAS dan UMNO adalah penganut ISLAM yang sama. Tidak ada bezanya antara ISLAM UMNO atau ISLAM PAS.

PAS menggunakan ISLAM semata-mata untuk mengelirukan rakyat demi meraih undi dan mendapat sokongan bukan ISLAM. Semua itu dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan kuasa politik yang ada di tangan masing-masing.


BENARLAH MEREKA HANYA MAHU MENYELAMATKAN KUASA POLITIK MASING-MASING....







berubah atau rebah

PAS GANTI UMNO : Anganan atau Mimpi atau Pembohongan semata...?

Logo ini digunakan untuk terus menipu Rakyat

As'salam....

Slogan yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin kecil dalam Pakatan Rakyat tetapi mengganggap diri mereka besar atau seolah-olah Parti merekalah yang dominan dalam Pakatan ini.

Apa yang sedang mereka bawa ini adalah suatu mimpi ngeri buat PAS sendiri.
Mana tidaknya, pilihanraya 2008 PAS memiliki hanya 24 kerusi termasuk yang di menangi di Parlimen Kuala Terengganu. ****Perlu di tegaskan bahawa YB Parlimen Kuala Terengganu hanya bertindak sebagai Pok Ke di Parlimen. Tak mendatangkan faedah langsung kepada rakyat Kuala Terengganu*****

Berbalik semula kepada pokok persoalan.
Hakikat sebenar amat jauh menyimpang.

BN

PAS

PKR

DAP

BEBAS

JUMLAH

139

24

28

28

6

222

Lihat sahaja pada jadual di atas. Beginilah hakikat sebenar kedudukan di Parlimen kini.

Hakikatnya kini PAS hanya memiliki 24 kerusi di Parlimen Paling sedikit jika dibanding rakan-rakan sebantalnya.

Banding pula dengan UMNO yang mempunyai 73 kerusi ketika ini. Kenapa PAS begitu optimis untuk menggantikan UMNO di Malaysia (Bermaksud menggantikan UMNO di Parlimen) Bermakna pemimpin PAS mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri siapa agaknya??? Tuan Guru Nik Azizkah???? Tuan Guru Haji Hadikah????Apakah pemimpin PKR terutama Abang Anwar akan tengok saje sambil tersenyum???? atau Lim Kim Siang atau Mr Singh mengeluarkan kata bidalan macam Karam Singh Walia "Kecil Tapak Tangan, Nyiru aku tadahkan"???? atau menggangguk sambil tolong menarik kerusi PM buat pemimpas PAS secara percuma????

Lihatt pula pada kerusi yang ditandingi pada PRU12, PAS hanya bertanding 67 kerusi termasuk PRK Kuala Terengganu. Sedangkan UMNO bertanding hampir 90 kerusi. Inilah mimpi ngeri yang menjadi kebimbangan PAS kerana mereka sedar bahawa mereka hanya berangan Mat Jenin.

Dengar plak cerita di dalam Muktamar PAS 2010, persetujuan telah dibuat bahawa PAS akan bertadning di 64 kawasan Parlimen sahaja. 60 kawasan akan ditandingi oleh Puak Melayu PAS dan 4 lagi akan diberikan kepada calon bukan ISLAM yang menyokong PAS menggunakan lambang PAS.... Jadi camner nak ganti UMNO kalau hanya bertanding 64 kerusi. Bukankah ini suatu pembohongan????

Apa yang lebih menyedihkan, setiap kali melancarkan Jentera Pilihanraya derma di kutip sebagai bantuan kepada mereka. Mereka sendiri mengatakan kerana BN, rakyat jadi susah, namun mereka terus mengambil kesempatan dengan menyediakan "supik rok rik" setiap kali ceramah atau terus-terusan mengutip derma untuk laiin-lain perkara sebagai jihad kononnya.

Yang nyata mereka sendiri sedar bahawa mereka tidak akan mampu menggantikan UMNO untuk menawan Malaysia.

Sahabatku, Jangan terus terpedaya dengan tipu helah hamPAS!!

Apa yang sebenarnya perlu dilakukan rakyat terutama di Kuala Terengganu ialah....

BERUBAH atau REBAH