Sunday, June 26, 2011

CERAMAH PERDANA BERANI BERUBAH

Assalamualaikum....

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Ceramah perdana anjuran GERAKAN KEBANGKITAN ANAK MUDA KUALA TERENGGANU ( BERANI-BERUBAH ) akan diadakan pada :

Tarikh : 2 Julai 2011
Masa : 8.30 Malam
Tempat : KG BUKIT KECIL ( HADAPAN FLAT BARU BUKIT KECIL ) K.TRG

PENCERAMAH :

YB. DATUK ZULKIFLI NORDIN
( AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BARU )

Y.BHG.PROF.MOHD NOR DERIS
( BEKAS AHLI DEwan ULAMA` PAS )

Sahabat-sahabat semua di jemput hadir.....
Jumpa anda di sana......

KAMI AKAN TERUS MENYAYANGI UMNO/BN


Salam buat semua pembaca setia blog kami ini. Maaf jua yang kami mohon kerana telah lama tidak "up date". Kami cuba sedaya untuk terus menulis perkembangan kami.

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini kami menerima banyak permintaan untuk "join" grup kami di facebook. Kini grup kami mempunyai 2293 orang ahli. Insyaallah keahlian ini akan semakin bertambah dari sehari ke sehari sehingga tarikh pilihanraya nanti. PRU 13 akan menjadi penentu kejayaan GKAMKT. Kami tetap bersemangat untuk memenangkan UMNO/Barisan Nasional di setiap DUN seterusnya merampas kembali P036 Kuala Terengganu.

Beberapa program telah kami adakan dan alhamdulillah, setiap program kami mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Bermula dengan BBQ tempoh hari, kami terus mengatur program.


PERLAWAN PERSAHABATAN FUTSAL DENGAN KAWAT


MEMBUAT LAPORAN POLIS ISU AGAMA KRISTIAN AGAMA RASMI MALAYSIA

"POT LUCK" adalah satu program yang betul-betul memberi semangat kami. Ini kerana kami tidak menyangka begitu ramai yang hadir membawa makanan sendiri dan "makan bersaing" di Padang Dataran Syahbandar.

Langkah terus kami atur dengan gabungan beberapa anak muda yang begitu bersemangat dan mempunyai jiwa yang kental. Muka kami juga yang semakin tebal.Tebal kerana rupanya bukan mudah untuk berjuang mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara yang dikecapi sekarang. Bahkan rupanya banyak halangan yang kami terpaksa tempuhi.

Yang paling menyakitkan apabila ada yang bertanya apa hasrat kami yang sebenar, berubah untuk apa dan macam-macam lagi. Padahal perubahan ini amat perlu dalam semua insan bergelar hamba ALLAH, berubah atau berhijrah dari sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik. Dalam konteks kehidupan seharian sebagai hamba ALLAH, mungkin sering kita terlalai dengan melakukan perkara-perkara yang tidak diredhai lalu kita tekad untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik.

Dalam politik pula, kami merasakan telah sampai masanya kami berubah, memastikan kemenangan Barisan Nasional kerana ketika ini wakil rakyat kami di P036 (WAKIL RAKYAT DARI PAS) tidak memberi apa-apa bantuan kepada kami, kepada rakyat.

Contoh yang paling ketara ialah apabila angin ribut melanda Kuala Terengganu 3 minggu yang lalu. Kami dapati hanya pimpinan UMNO bahagian yang turun ditengah malam selepas ribut melanda untuk melihat sendiri keadaan rumah yang rosak dan pokok-pokok yang tumbang. Keesokannya hampir semua rumah yang dilaporkan rosak telah diperbaiki atas inisiatif pimpinan UMNO di Kuala Terengganu. Sebaliknya, menurut sahabat yang tingal di Wakaf Mempelam, mereka telah beramai-ramai ke rumah wakil Rakyat PAS (Wahid Endut) untuk memohon simpati namun setelah beberapa kali memberi salam tetapi tiada jawapan yang diterima, Malah rumah yang berpagar tinggi hanya kaku, sekaku wakil rakyat yang pastinya RAKYAT DAH SALAH PILIH.

Kembali kepada program yang telah kami adakan. Sebenarnya banyak yang dirancang, ikutkan kami, kami ingin terus turun ke kampung-kampung untuk mengajak lebih ramai sahabat ANAK MUDA menyertai kami, bahlan salah satu rancangan kami ialah mengadakan satu himpunan besar-besaran melihatkan 5 sehingga 10 ribu anak muda di Kuala Terengganu untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan dan Barisan Nasional namun kekangan kewangan membantutkan rancangan kami. Kami hanya mampu bergerak sekadar kemampuan kewangan kami sahaja. Bukan menidakkan sumbangan kerajaan dan pimpinan tetapi setakat ini kami masih tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih besar. Maklum sahaja di tempat kami ini 3 DUN di miliki PAS dan Parlimen juga di miliki PAS. So faham-faham jerlah kan......



PROGRAM DI PULAU KAPAS

Oh ya!, Pada 16 - 18 Jun 2011 yang lalu kami b erjaya mengadakan satu program yang kami anggap sangat berjaya. Kami membawa 120 orang peserta baru ke Pulau Kapas dan berkongsi Ilmu di sana. KEM BERANI BERUBAH, kem yang telah membawa kepada suatu perubahan untuk 120 peserta ini. Yang menariknya peserta telah membayar sendiri untuk menyertai kem tersebut. Sememangnya kami mahu buang persepsi bahawa semua program adalah percuma......Sehingga kini peserta masih lagi menghubungi kami dan terus menerus ingin mengikuti perkembangan dan turut sama menjaya program-program kami seterusnya. Di malam akhir, saya masih ingat bagaimana seorang "Mat Rempit" menitiskan airmata kerana menyedari kedudukan dirinya bagaikan telir di hujung tanduk di bumi miliknya sendiri ini. Seorang peserta perempuan pula menangis tersedu sedan. apabila ditanya, beliau menginsafi betapa dirinya perlu berubah...dari suatu titik hitam kepada suatu yang lebih bercahaya..



Begitulah....begitulah antara pengalaman yang telah kami dapat dari beberapa program yang telah kami adakan. Kami semua budak baru belajar...namun kerana semangat kami teruskan juga...

Demi ALLAH. kami tidak rela menjadi pengemis di bumi kami sendiri... kami tidak mahu anak cucu kami kencing di kubur kami nanti....

KEPADA PEMBACA BUDIMAN YANG MEMPUNYAI IDEA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DENGAN MEMBERI KOMEN DI BAWAH. KEPADA YANG INGIN MENYUMBANG JUGA KAMI ALU-ALUKAN.

TERIMA KASIH BUAT SEMUA....

HIDUP ISLAM!!!! HIDUP MELAYU!!! HIDUP UMNO!!!!