Friday, February 11, 2011

GERAKAN BERANI BERUBAH - TITIK MULA SUATU PERJUANGAN




Salam,
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di arena perjuangan ini.

Kata Soekarno:
" Berikan aku 100 orang tua, aku hanya mampu bermimpi tetapi berikan aku 10 anak muda, akan ku goncangkan duna"

Begitulah hebatnya anak muda. Suara anak muda adalah suara keramat. Bisa menumbangkan sebuah kerajaan.


Segalanya bermula disini. Kita mahukan perubahan. Kuala Terengganu perlukan perubahan. Hampir 3 tahun setelah dimenangi PAS, P036 seolah-olah mati dan tidak wujud di mata rakyat Malaysia. Kuala Terengganu murung, Ladang, Wakaf Mempelam dan Batu Buruk menangis kerana PAS.


Meminjam kata-kata Saudara Brian Pedro :

"Tahukah anda, sejarah kebangkitan bangsa-bangsa di dunia dipelopori golongan muda?Ini adalah kerana golongan muda memiliki peranan yang besar dan strategik untuk menjayakan sesuatu kebangkitan. Ini adalah setiap gerakan kebangkitan dan pembahuruan memerlukan daya kekuatan keyakinan yang kuat, ketulusan, semangat yang jujur, kesungguhan dalam kerja dan pengorbanan. Dalam hal ini, siapakah yang terbaik untuk menjana perubahan kalau tidak pemuda-pemudi? Dari segi persediaan, pemuda dan pemudilah yang berpotensi besar untuk melakukan gerakan perubahan ini. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana golongan muda adalah simbol hati yang masih jernih dan memiliki keyakinan serta iman yang kuat, kejujuran yang memungkinkan untuk memiliki ketulusan dan keikhlasan dalam beramal, serta semangat kental yang tiada tolak banding kesungguhannya dalam pekerjaan dan lengkap dengan kesanggupan dan kesediaan untuk sebarang pengorbanan."

Ayuhlah sahabat, kita gerakan anak-anak muda di Kuala Terengganu, kita jangan berhenti kerana sekali terhenti,Kuala Terengganu akan terus murung... Bangunlah Sahabat!!!! Bersatulah.....belum terlambat untuk kita mendapatkan hak. Kuala Terengganu milik kita....
SELAMATKAN KUALA TERENGGANU...


"BERANI BERUBAH ATAU TERUS DIJAJAH"

Anak Muda Kuala Terengganu Bersatu Untuk Melakukan Perubahan.......(BERANI BERUBAH)

GERAKAN KEBANGKITAN ANAK MUDA KUALA TERENGGANU
(BERANI BERUBAH)

Kini semuanya bermula. Anak muda Kuala Terengganu telah bersedia untuk memastikan Kuala Terengganu kembali ceria setelah hampir 3 tahun. 3 tahun itulah mereka merasakan PAS yang memenangi PRK036 langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka. PAS dilihat langsung tidak membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka, Jauh sekali untuk PAS melakukan pembangunan

YB Encik Wahid Bin Endut
hanya mampu tidur dan menerima gaji
setiap bulan tanpa bersusah payah

Yang Berhormat Kuala Terengganu tidak mempu membawa suara rakyat di Parlimen. Sejak bergelar YB Parlimen dkatakan beliau tidak pernah membawa masalah rakyat Kuala Terengganu.

Bahkan dikhabarkan rumah beliau telah diperindahkan. Bukan iri atau dengki tapi itulah hakikat yang benar. Apa lagi sebelum bergelar MP, beliau merupakan ADUN kawasan Wakaf Mempelam. Dengan 2 gelaran iaitu YB Adun dan YB Parlimen, nampaknya beliau hanya tersenyum dengan poket yang berisi penuh setiap bulan.

Begitulah apa yang berlaku di Kuala Terengganu. Walaupun PAS memenangi P036 dalam PRK yang lalu, kemenangan itu hanyalah untuk individu yang bernama YB Eancik Wahid Bin Endut, Yang Berhormat (bkn wakil rakyat) PAS. Rakyat tidak mendapat apa-apa kebaikan dari kemenangan ini.

Lihat saja di Dun Wakaf Mempelam, tidak ada satu apa pun yang boleh dibuat. Jalan-jalan yang diperbaiki pula adalah dari Pegawai Pembangunan DUN atau JPP yang tentu-tentunya pegawai dari Barisan Nasional.

Kerana itulah Anak Muda Kuala Terengganu bersatu hati melakukan gerakan ini. Gerakan yang akan membuatkan PAS tidak duduk diam.
Kami tahu PAS akan memulakan langkah mereka dengan Gerakan ini. Langkah lakonan untuk mendekati rakyat, menunjukkan mereka cakna Rakyat, lakonan yang biasa dibuat setelah Pilihanraya hampir tiba. Mereka akan cuba menangkis apa jua dakwaan rakyat bahawa mereka sebenarnya GAGAL. Mereka akan lakukan apa saja untuk membuktikan merekalah yang terbaik.

Namun kini kami telah sedar bahawa PAS sebenarnya adalah parti yang GAGAL di Kuala Terengganu. Begitu juga di DUN WAkaf Mempelam, Batu Buruk dan Ladang .

Jadi sahabatku sekelian, BANGKITLAH, BANGKITLAH MENUNTUT YANG HAK....AJAK RAKAN, AJAK KAWAN AJAK SAHABAT...KITA BERGANDING BAHU UNTUK MEMASTIKAN KUALA TERENGGANU DAN DUN-DUN DIDALAMNYA AKAN MENJADI MILIK UMNO/BARISAN NASIONAL DALAM PRU 13 NANTI...... INSYAALLAH, SEGALA USAHA KITA MENDAPAT KEREDHAAN DARI ALLAH JUA DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.


"BERANI BERUBAH ATAU TERUS DIJAJAH"