Sunday, February 13, 2011

Biarkan Si Bacul Dengan Si Luncai Mereka..Kehangatan Kebangkitan Anak Muda Terus Membara..


Sumbangan Artikel Oleh : MyBN2U.... Terima Kasih Sahabat.

Kebangkitan Anak Muda Kuala Terengganu secara serentak kini mendapat perhatian dan sokongan jitu pelbagai lapis kepimpinan. Di awal pelancaran sudah terdengar suara-suara sumbang yang mempertikai kesungguhan kebangkitan anak-anak muda Kuala Terengganu menuntut perubahan, namun ia tetap diteruskan dengan penuh semangat.

Dalam tempoh 24jam yang lepas, tidak putus-putus mereka menyerang sehinggakan akaun facebook diceroboh dan terpaksa dibaik pulih oleh sukarelawan pemuda yang berhempas pulas untuk menjamin semangat kebangkitan itu terus membara.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut menggunakan profile palsu menyerang kita kerana sangka mereka pergerakan dan kebangkitan ini dibayar wang berjuta. Fikir mereka semangat kebangkitan anak muda boleh dibakar dengan wang semata.

Mereka silap dan terus membuat kesilapan dengan bertanya sendiri, menjawab sendiri dan seterusnya menghukum mengikut sesuka hati mereka. Kebangkitan anak muda ini bukan kerana wang, juga bukan kerana nama tetapi ia lahir daripada ketulusan dan kesedaran anak muda betapa, Kuala Terengganu perlu mendapat perubahan.

Siapa yang layak melakukan perubahan? Hanya mereka yang berani sahaja yang akan mencetuskan perubahan dan seterusnya menjana kemenangan. Tanggung jawab kesedaran tentang perlunya kebangkitan ini digalas sepenuhnya oleh anak-anak muda Kuala Terengganu.

Perbuatan dan kata sinis mereka sedikit pun tidak melemahkan, malah menambuah kuat kebangkitan semangat anak muda. Mereka harus sedar kebangkitan ini tidak pernah dan akan sumbing akibat kata-kata dan perbuatan sumbang mereka.

Inilah semangat, inilah hasrat anak muda kuala Terengganu bangkit menuntut perubahan bagi menyambung perjuangan yang belum selesai.

Biarkan Si Bacul dengan Si Luncai mereka, hasrat dan niat GERAKAN KEBANGKITAN ANAK MUDA KUALA TERENGGANU (BERANI BERUBAH) akan terus membara. Anak muda kini lebih yakin untuk menuai kemenangan kerana mereka tahu dibelakang mereka ada semangat yang sentiasa hangat membara….

BERANI BERUBAH ATAU TERUS DIJAJAH

GRUP BERANI BERUBAH - ANAK MUDA KUALA TERENGGANU TELAH KEMBALI!!!


LOGO GRUP BERANI BERUBAH

ALHAMDULILLAH.... Segalanya dimulakan kembali. Grup Gerakan Kebangkitan Anak Muda Kuala Terengganu (Berani Berubah) telah di "up" semula. Menurut creator grup tersebut, walaupun terpaksa memulakannya dari awal semula tetapi ianya bukan suatu pematah semangat.

Kepada sahabat-sahabat, teruskan sokongan anda demi melihat perubahan di Kuala Terengganu. Kebangkita tanpa dibiayai oleh sesiapa pun ini amat bermakna pada Kuala Terengganu.

Khabarnya pelancaran akan diadakan dalam masa terdekat (March). Baju/ badge dan stiker akan mula dijual beberapa hari lagi. Kumpulan ini bukan di biayai oleh sesiapa.... benar mereka menyokong UMNO/ Barisan Nasional tetapi mereka mahu lari dari dikatakan berjuang kerana wang ringgit.

Itulah sebabnya semua "merchandise" akan dijual. Modal untuk barangan tersebut khabarnya telah dikutip sesama mereka yang bersemangat ini. Marilah kita sama-sama membantu pengorbanan yang mereka lakukan ini....

NANTIKAN JUA PERLANCARAN YANG AKAN DIADAKAN


"BERANI BERUBAH ATAU TERUS DIJAJAH"

CREATOR GRUP BERANI BERUBAH BERSUMPAH AKAN MEMULAKAN SATU GERAKAN YANG LEBIH HEBAT

Creator Gerakan Kebangkitan Anak Muda Kuala Terengganu, Ahmad Fairuz Mohamad, begitu kecewa dengan perbuatan manusia yang berjiwa syaitan yang telah menggodam akaun FB beliau.

Namun Perbuatan itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang memastikan Parlimen Kuala Terengganu kembali ceria setelah begitu suram dan berduka di bawah kelolaan hamPAS
durjana.

Beliau bersumpah akan memulakan satu gerakan baru yang lebih hebat dan lebih menakutkan hamPAS.

"Celako!! Celako!! Celako!!"...begitulah reaksi pertama yang beliau berikan ketika di temui.



ekeleh..menangis konon...kenapa kau menangis disini
pergilah menipu lagi disana!!!

Ahmad Fairuz seterusnya berkata jika Tuan Guru Nik Aziz boleh memaki sebegitu rupa kepada blogger yang tidak memihak hamPAS, beliau juga boleh berbuat sedemikian.

Pada beliau perbuatan itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berjuang!!!

"Mereka jangan anggap mereka sudah berjaya kerana saya tak akan patah semangat, tunggu sahaja serangan dari saya pula" begitulah semangat yang ditunjukkan oleh anak muda bernama Ahmad Fairuz.

Buat sahabat-sahabat, perjuangan belum berakhir......... telah kita mulakan & tak akan kita berhenti. Teruskan sokongan sahabat demi Parlimen Kuala Terengganu.

"BERANI BERUBAH...ATAU TERUS DIJAJAH"