Monday, February 14, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Salam buat semua sahabat.

Gerakan Kebangkitan Anak Muda Kuala Terengganu (BERANI BERUBAH) mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Marilah sama -sama kita memperbanyakkan selawat dan salam buat baginda. Sesungguhnya terbanyak yang ditinggalkan oleh Baginda buat pedoman buat ummatnya.

Sahabat-sahabatku,

Marilah kita sama-sama menyelami 2 peninggalan Baginda iaitu AlQuran dan Sunnah sepertimana sabda baginda " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi”. (Riwayat Iman Malik)

Baginda melaksanakan ajaran ISLAM secara berhemah dan berimbang agar tidak berlaku kekerasan, kezaliman terhadap ummatnya. Baginda begitu teliti menyampaikan dakwah secara sederhana agar dapat diterima ummatnya.

Sahabat-sabahatku,

Pernah disuatu ketika seorang buta yahudi sentiasa menghina dan mencaci baginda. Baginda hanya tersenyum malah baginda sendiri telah menyediakan makanan untuk si buta tadi. Sesungguhnya keperibadian baginda yang begitu sederhana perlulah kita ikuti bersama.

Baginda tidak pernah berdendam malah baginda begitu bersabar dalam menyampaikan dakwahnya.

Akhir kata GERAKAN KEBANGKITAN ANAK MUDA KUALA TERENGGANU (BERANI BERUBAH) menyeru agar kita sama-sama mencontohi keperibadian baginda.

Selawat dan salam buatku YA Rasululllah.....

BERANI BERUBAH ATAU TERSUNGKUR REBAH