Tuesday, February 22, 2011

LOGO BLOGGER PRO PEMBANGKANG


Bulan Purnama : FB Blogger yang menggunakan badge ini


Bismillah.....

Salam buat semua sahabat. Bertemu lagi di dada cyber ini.

Hari ini ada sesuatu yang menarik berlaku. Ketika sedang ber"fb", terpandang saya pada salah satu logo yang digunakan oleh sahabat pro pembangkang yang bernama BULAN PURNAMA. Belau menggunakan badge seperti di atas.



LOGO INI DIGUNAKAN OLEH FB BLOGGER/BLOGGER PRO PEMBANGKANG


Tertarik saya pada logo tersebut:

1) mereka menggunakan kaki helang/garuda yang sedang mencengkam kubah pejabat di Putra jaya. tergerak di hati saya apa maksud di sebalik kaki helang yang mencengkam itu. Apakah ini cara yang bakal dilakukan oleh Pakatan Rakyat (Pakatan Rompak) untuk memerintah negara tercinta ini.

2) Terpandang pula say pada warna merah yang digunakan untuk slogan "JOM TAWAN MALAYSIA" . Teringat saya bahawa warna ini adalah warna DAP. apakah sebenarnya mereka hanya menjadi kader-kader DAP untuk menawan Malaysia.

3) Terlihat pula lada perkatana "TAWAN " - Apakah apabila mereka berjaya memerintah nanti rakyat hanyalah sebagai "tawanan" semata-mata?

4) Ternampak pula pada lambang merah bunga padi - Apakah mereka sedar bahawa DAP (MERAH) memang gembira dengan warna2 yang mereka gunakan itu. Padi pada saya adalah salah satu harta nenek moyang yang ditinggal untuk anak-cucu-cicitnya, apakah semua ini akan menjadi milik orang???

Teringat bait-bait kata lagu warisan - anak kecil main api "NENEK MOYANG KAYA RAYA, TERGADAI SELURUH HARTA BENDA", Apakah blogger-blogger pro pembangkang sedar akan apa yang mereka bua??? Mengapa sampai begitu tertutup pintu hati dan perasan mereka?

5) Terlihat pula kepada warna biru PKR yang digunakan untuk memayungi bangunan pejabat Putra Jaya itu, tertanya-tanya apa benar PKR yang betul-betul memerintah atau sekadar penyedap mata-mata penyokong yang membabi buta terhadap parti caca-marba mereka itu.

6) Tersenyum pula saya bila terpandang warna hijau yang digunakan, bukan sahaja warna itu bagai hidup segan mati tak mahu tapi warna itu seolah-olah PAs hanyalah sebuah parti celah gigi bagi mereka.

Apa yang menariknya ramai FB blogger dan blogger PAS yang menggunakan badge ini. Apakah mereka sedar kedudukan mereka????

Sahabatku,

Jangan kita terus terpedaya dengan tiu muslihat orang-orang yang ingin melihat kehancuran di bumi bertuah ini.


"BERUBAH ATAU REBAH"

1 comment:

  1. Setuju sgt2...di lihat skrg Melayu semakin lupa nasib generasi akn dtg..teruskn blog cmni...saya sokong 100%

    ReplyDelete