Sunday, February 13, 2011

Biarkan Si Bacul Dengan Si Luncai Mereka..Kehangatan Kebangkitan Anak Muda Terus Membara..


Sumbangan Artikel Oleh : MyBN2U.... Terima Kasih Sahabat.

Kebangkitan Anak Muda Kuala Terengganu secara serentak kini mendapat perhatian dan sokongan jitu pelbagai lapis kepimpinan. Di awal pelancaran sudah terdengar suara-suara sumbang yang mempertikai kesungguhan kebangkitan anak-anak muda Kuala Terengganu menuntut perubahan, namun ia tetap diteruskan dengan penuh semangat.

Dalam tempoh 24jam yang lepas, tidak putus-putus mereka menyerang sehinggakan akaun facebook diceroboh dan terpaksa dibaik pulih oleh sukarelawan pemuda yang berhempas pulas untuk menjamin semangat kebangkitan itu terus membara.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut menggunakan profile palsu menyerang kita kerana sangka mereka pergerakan dan kebangkitan ini dibayar wang berjuta. Fikir mereka semangat kebangkitan anak muda boleh dibakar dengan wang semata.

Mereka silap dan terus membuat kesilapan dengan bertanya sendiri, menjawab sendiri dan seterusnya menghukum mengikut sesuka hati mereka. Kebangkitan anak muda ini bukan kerana wang, juga bukan kerana nama tetapi ia lahir daripada ketulusan dan kesedaran anak muda betapa, Kuala Terengganu perlu mendapat perubahan.

Siapa yang layak melakukan perubahan? Hanya mereka yang berani sahaja yang akan mencetuskan perubahan dan seterusnya menjana kemenangan. Tanggung jawab kesedaran tentang perlunya kebangkitan ini digalas sepenuhnya oleh anak-anak muda Kuala Terengganu.

Perbuatan dan kata sinis mereka sedikit pun tidak melemahkan, malah menambuah kuat kebangkitan semangat anak muda. Mereka harus sedar kebangkitan ini tidak pernah dan akan sumbing akibat kata-kata dan perbuatan sumbang mereka.

Inilah semangat, inilah hasrat anak muda kuala Terengganu bangkit menuntut perubahan bagi menyambung perjuangan yang belum selesai.

Biarkan Si Bacul dengan Si Luncai mereka, hasrat dan niat GERAKAN KEBANGKITAN ANAK MUDA KUALA TERENGGANU (BERANI BERUBAH) akan terus membara. Anak muda kini lebih yakin untuk menuai kemenangan kerana mereka tahu dibelakang mereka ada semangat yang sentiasa hangat membara….

BERANI BERUBAH ATAU TERUS DIJAJAH

No comments:

Post a Comment