Friday, February 11, 2011

GERAKAN BERANI BERUBAH - TITIK MULA SUATU PERJUANGAN




Salam,
Alhamdulillah, bertemu lagi kita di arena perjuangan ini.

Kata Soekarno:
" Berikan aku 100 orang tua, aku hanya mampu bermimpi tetapi berikan aku 10 anak muda, akan ku goncangkan duna"

Begitulah hebatnya anak muda. Suara anak muda adalah suara keramat. Bisa menumbangkan sebuah kerajaan.


Segalanya bermula disini. Kita mahukan perubahan. Kuala Terengganu perlukan perubahan. Hampir 3 tahun setelah dimenangi PAS, P036 seolah-olah mati dan tidak wujud di mata rakyat Malaysia. Kuala Terengganu murung, Ladang, Wakaf Mempelam dan Batu Buruk menangis kerana PAS.


Meminjam kata-kata Saudara Brian Pedro :

"Tahukah anda, sejarah kebangkitan bangsa-bangsa di dunia dipelopori golongan muda?Ini adalah kerana golongan muda memiliki peranan yang besar dan strategik untuk menjayakan sesuatu kebangkitan. Ini adalah setiap gerakan kebangkitan dan pembahuruan memerlukan daya kekuatan keyakinan yang kuat, ketulusan, semangat yang jujur, kesungguhan dalam kerja dan pengorbanan. Dalam hal ini, siapakah yang terbaik untuk menjana perubahan kalau tidak pemuda-pemudi? Dari segi persediaan, pemuda dan pemudilah yang berpotensi besar untuk melakukan gerakan perubahan ini. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana golongan muda adalah simbol hati yang masih jernih dan memiliki keyakinan serta iman yang kuat, kejujuran yang memungkinkan untuk memiliki ketulusan dan keikhlasan dalam beramal, serta semangat kental yang tiada tolak banding kesungguhannya dalam pekerjaan dan lengkap dengan kesanggupan dan kesediaan untuk sebarang pengorbanan."

Ayuhlah sahabat, kita gerakan anak-anak muda di Kuala Terengganu, kita jangan berhenti kerana sekali terhenti,Kuala Terengganu akan terus murung... Bangunlah Sahabat!!!! Bersatulah.....belum terlambat untuk kita mendapatkan hak. Kuala Terengganu milik kita....
SELAMATKAN KUALA TERENGGANU...


"BERANI BERUBAH ATAU TERUS DIJAJAH"

3 comments:

  1. bangunkan semua anak-anak muda yg masih tido lena di siang hari...bangun wahai anak bangsa...semoga perjuangan kita di restui Allah swt.......

    ReplyDelete