Thursday, May 5, 2011

GEMPAR!!! Perdana Menteri Merestui GKAMKT (Berani Berubah)

Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan beroperasi, GKAMKT mula mendapat perhatian dari anak-anak muda sekitar Kuala Terengganu. Kini keahlian GKAMKT telah mencapai hampir 2000 orang. Walaupun Gerakan ini masih bertatih namun kepercayaan anak muda Kuala Terengganu telah menaikkan semangat pihak admin untuk mengatur beberapa lagi program selepas ini bagi membangkitkan semangat jitu anak muda Kuala Terengganu untuk memastikan kemenngan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Untuk makluman GKAMKT telah berjaya mengadakan beberapa program sebelum ini yang rata-rata telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Antaranya ialah BBQ Berani Berubah, walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM10 seramai hampir 300 orang telah mendaftar untuk menghadirinya.




Seterusnya GKAMKT telah mengadakan program makan bersaing (Pot Luck) di mana ahli-ahli telah diminta membawa makanan untuk di makan bersama-sama. seramai hampir 100 orang hadir dengan berbagai-bagai juadah yang dibawa.

Yang paling menarik dan tidak akan dilupakan oleh setiap ahli ialah apabila 3 orang ahli GKAMKT telah di jemput ke majlis pertemuan rakan facebook YAB Perdana Menteri yang telah diadakan bersempena lawatan sehari PM ke negeri Darul Iman ini. Pertemuan telah itu digunakan sebaiknya oleh ahli untuk menerangkan kepada YAB PM berkenaan GKAMKT.



Lanjutan dari pertemuan itu YAB PM telah memaklumkan kepada rakyat Kuala Terengganu yang berjumlah hampir 26,000 orang ketika Majlis Jamuan Rakyat yang diadakan di Taman Shahbandar pada 30 April yang lalu berkenaan Gerakan ini. Bagi YAB PM Gerakan ini adalah satu gerakan yang perlu diperkuatkan demi untuk melihat BN kembali merampas kembali parlimen Kuala Terengganu dan dun-dun yang di"pinjam"kan kepada PAS.






Bagi kami di GKAMKT, apa yang diperkatakan oleh YAB PM adalah satu cabaran dan juga amana serta tanggungjawab yang perlu kami pikul demi untuk menguatkan BN di negara Malaysia tercinta.

GKAMKT mengharapkan lebih ramai anak muda Kuala Terengganu akan mendaftar menjadi ahli kami demi melihat AGAMA, BANGSA dan NEGARA terus gah. Perjuangan GKAMKT adalah suatu perjuangan yang suci bagi mempertahankan perlembangaan. Di tangan anak mudalah telahnya masa depan sebuah negara bernama Malaysia. Tersilap langkah segalanya akan hancur dan hilang.

UNTUK ITU GKAMKT SEDANG BERUSAHA MENAMBAHKAN AHLI DIDALAM GRUP FB YANG DINAMAKAN GERAKAN KEBANGKITAN ANAK MUDA KUALA TERENGGANU (BERANI BERUBAH).

CARA UNTUK MENYERTAI GRUP:
1) KLIK KEPADA LOGO GKAMKT DI SEBELAH KANAN BLOG INI.
2) SAHABAT-SAHABAT AKAN DIPAUTKAN TERUS KE GRUP GKAMKT.
3) UNTUK MENYERTAI GRUP SAHABAT-SAHABAT BOLEK KLIK KE "ASK TO JOIN".
4) KEPUTUSAN UNTUK MEMBENARKAN SAHABAT-SAHABAT MENYERTAI GRUP TERLETAK DI TANGAN ADMIN.

Mariah bersama-sama GKAMKT berjuang demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

UMNO LEBIH ISLAMIK!!!!!


2 comments:

  1. blog ni tak aktif..tulislah apa-apa isu,,saya lihat blog anda menarik

    ReplyDelete
  2. cuba update perkembangan blog ini dari masa ke semasa..thanks .......

    ReplyDelete