Monday, February 28, 2011

MISI SELAMATKAN ANAK BANGSA MU

As'salam buat semua sahabatku,


Selamatkah Masa Depan mereka??? Mengada dia dikudakan sebegini????

Alhamdulillah, bertemu kembali di dada maya ini. Hari ini
masuk hari ke 3, kami warga maya berada di Pilihanraya Kecil N27 Merlimau, Melaka.

Saya ingin berkongsi sesuatu yang saya rasa
amat penting. Semuanya berlaku ketika hari penamaan calon di sini. Apa yang kami nampak adalah sesuatu yang boleh membuatkan kita sama-sama berfikir...... anak-anak kecil......

"Anak-anak itu dilahir bagaikan kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya....."



Ayah...... Pesta apa ni?

Ketika melayari blog-blog dan gambar-gambar yang dimuat naik ke internet. Kami bertemu dengan puluhan gambar-gambar kanak-kanak ini..Jurugambar kami yang telah berjaya memasuki kem pembangkang juga sempat merakam beberapa keping gambar disana. Rupa-rupanya begitu ramai anak-anak kecil dibawa oleh ibubapa mereka. Mungkin mengambil kesempatan hari cuti, ibubapa membawa mereka untuk ke satu pesta. Anak kecil mana yang tidak seronok. HAKIKATNYA MEREKA TIDAK TAHU APA-APA.

Pesta apakah ini???

Bagaikan hari raya pada mereka, memakai baju baru berwarna hijau atau sekurang-kurangnya mempunyi sedikit lambang PAS. Ada yang dipakaikan dengan kupiah dan pengikat kepala menyatakan sokongan kepada PAS.Mereka lah yang lebih mendapat perhatian daripada juruganbar. Lebih glamour dari calon PAS sendiri.

Memang tidak menjadi kesalahan untuk membawa mereka ke tempat pesta ini. Namun apa yang dikesalkan, ada diantara mereka di minta membawa batang bendera yang kadang-kadang lebih tinggi dari tubuh mereka.

Beratlah plak bendera ning, kenapa ayah suruh aku pegang??

Sahabat-sahabatku,

Yang menjadi persoalan kenapa anak-anak ini diseret dalam pemikiran sempit ibubapa mereka. Anak-anak yang rata-rata berumur 5- 9 tahun telah dimomokkan dengan kefanatikan ibubapa mereka.


Terjaminkah mereka?????


Yang lebih menyedihkan ialah bila melihat photo seorang anak kecil lingkungan 7 tahun sedang memikul bendera DAP. Kenapa ibubapa mereka sanggup memperjudikan masa depan seorang anak yang tidak tahu apa-apa. Apakah masa depan mereka lebih baik di bawah naungan bendera yang dibawa.

Persoalan itu yang perlu kita sama-sama fikirkan. Apa lagi bila hampir setiap hari kita dihidangkan dengan cerita sedih yang berlaku di negeri yang diperintah oleh kerajaan parti berlambangkan roket ini. Akan lebih terjaminkah masa depan mereka nanti. Jika sedemikian alhamdulillah..... tapi jika berlaku disebaliknya, tidak mustahil jika suatu ketika mereka-mereka ini datang ke pusara ibubapa mereka lalu mencaci maki kuburan itu kerana kelekaan dan kekhilafan yang dilakukan.Sama-sama kita berdoa semoga ini semua tidak berlaku.

Kerajaan Barisan Nasional selama memerintah di negara tercinta ini tidak pernah mengabaikan masa depan manak-anak kita. Dari dalam kandungan, kerajaan Barisan Nasional menjaga kebajikan mereka. Namun apakah kita tidak bersyukur???

"Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu :Demi sesunguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan Demi Sesunggihnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras" Surah Ibrahim, ayat 7.

berubah atau rebah