Tuesday, March 15, 2011
Saturday, March 12, 2011
GEMPAK!!! BERANI BERUBAH AKAN MENULAR KESELURUH NEGERI
Friday, March 11, 2011
RESOLUSI BERANI BERUBAH
Bismillahhirahhanirrahim..
Gerakan ini adalah sebuah gerakan yang bergerak secara 'BEBAS' dan tidak di bayangi oleh mana-mana pemimpin. Gerakan di wujudkan atas kesedaran dan ke insafan diri agar perjuangan UMNO / BN akan lebih di terima dengan hati yang terbuka oleh semua masyarat tidak kira dari golongan mana seka...li pun. Tidak meletakkan "WANG" dihadapan dan akan bergerak secara SUKARELA..
RESOLUSI BERANI BERUBAH :
1) Merubah persepsi apabila di sebut sahaja UMNO / BN ianya melibatkan DUIT dan IMBUHAN. Semua dapat PERCUMA.
2) Merubah persepsi bahawa seorang wakil rakyat itu bukan untuk disembah, bukan untuk dipuja, bukan untuk disanjungi, bukan untuk di 'AYONG', bukan untuk dibodek, bukan untuk di takuti, bukan untuk dikhianati. Tetapi untuk di hormati, di kasihi, di bantui kerana seorang wakil rakyat adalah amanah Allah swt, bantu lah mereka untuk balik ke akhirat dlm redha Allah swt.
3) Merubah persepsi bahawa orang yang berjubah itu org PAS, orang berserban itu orang PAS, orang bertanda hitam di dahi itu orang PAS, orang bercakap hal ehwal agama islam itu orang PAS, orang ke masjid itu orang PAS, 'TAKBIR' itu orang PAS, ISLAM itu adalah PAS. Kerana ISLAM dan keIMANan milik Allah swt dan untuk sesiapa yang dikehendaki NYA.
4) Merubah persepsi bahawa UMNO / BN hanya untuk APMT, UMNO / BN hanya itu Ketua / AJK Cawangan, UMNO / BN hanya untuk KETUA / AJK Bahagian, UMNO / BN untuk KETUA / AJK DUN. Kerana UMNO adalah sebuah parti milik untuk orang MELAYU, BN adalah milik rakyat Malaysia. Buka HATI, buka MINDA, jadikan UMNO / BN produk terbaik untuk digilai dan miliki semua rakyat Malaysia dengan kasih sayang sebagai terasnya.
InsyaAllah yg baik itu sentiasa dalam tilikpandang dan bantuan Allah swt.
AllahuAkbar!!
P/S : INSYAALLAH KITA AKAN MENGELUARKAN BARANG SEPERTI BAJU, BADGE, STIKER DLL UNTUK DIJUAL. HASIL JUALAN AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM SETURUSNYA. PIHAK ADMIN PERCAYA DENGAN MEMBELI BARANGAN YANG DIJUAL, JIWA DAN SEMANGAT KITA AKAN LEBIH MEMBARA UNTUK SEGALA GERAK KERJA "BERANI BERUBAH" BOLEH DIBUAT DENGAN BAIK.