Friday, August 5, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA GKAMKTBB


Assalamualaikum... salam 1malaysia.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua GKAMKT akan mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai. Semua ahli GKAMKT dan rakan2 dijemput untuk bersama dalam majlis ini.
Majlis akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh 17 Ogos 2011
Masa ; 6.00 petang - 8.00 malam
Tempat : local delights, Jalan Kamaruddin

Makanan akan dibuat secara hidang. 6 orang semeja. Antara menunya ialah
1) nasi putih
2) tom yam
3) telur bungkus
4) 2 jenis kuih
5) kurma
6) air minuman
7) daging black paper
8) sayur campur goreng
9) ayam goreng kunyit
10) buah- buahan


Bayaran yang dikenakan hanya RM10.00 seorang.
Kepada sahabat yang klik attending akan dianggap menyertai majlis ini.
Bayaran boleh dibuat mulai sekarang kepada nurul ain, keybord rosok, norharizan mj , PAB atau hubungi 0139322164 PAB

Tarikh tutup : 15 OGOS 2011



sekian terimakasih,,,

Saturday, July 9, 2011

PERTANDINGAN BOWLING SILATURAHIM ( BERANI BERUBAH )


Assalamualikum buat sahabat-sahabat semua...

Satu pertandingan bowling untuk mengeratkan sillaturahim sesama ahli akan di adakan :

TARIKH : 27 JULAI 2011 ( RABU )
MASA : 8.30pm - 11.30pm
TEMPAT : TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT (TER) KUALA IBAI
YURAN : RM20.00 SEORANG

Syarat-Syarat :

1) Permainan akan dibuat sebanyak 3 game

2) Setiap Line akan mengandungi 4 pemain sekaligus menjadikan
mereka sekumpulan

3) Kumpulan ini akan ditentukan dengan pengundian secara rawak...
(Tak dop cop2 ahli kumpulan arrrrrrr.....)

4) Setiap penyertaan akan dikenakan YURAN RM20.00 SAHAJA

5) Penyertaan hanya untuk 48 orang yang pertama sahaja.

6) Mereka yang pernah menyertai kejohann peringkat negeri/negara
tak yah mainlah... kekgi dop adil plok...

7) Hadiah 1 - 3 akan diberikan kepada mata tertinggi kumpulan dan
individu.

8) Hadiah lumayan bos.....

9) Pasal cabutan bertuah.....ermmm.... dok tahu lagi sbb tak dop orang
sponsor...ke ada hok nok sponsor? kalau teringin nok
sponsor...kontek yer saya...jangan malu2.... okay?

10) Borang penyertaan boleh ambik dari saya atau keybord rosok atau
ahmad fairuz atau ahmad imran atau nurul ain atau mizy hamid
atau....pendek kata semua admin lah senang...



JUMPA ANDA DI SANA,,,,,,,,,





Sunday, June 26, 2011

CERAMAH PERDANA BERANI BERUBAH

Assalamualaikum....

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Ceramah perdana anjuran GERAKAN KEBANGKITAN ANAK MUDA KUALA TERENGGANU ( BERANI-BERUBAH ) akan diadakan pada :

Tarikh : 2 Julai 2011
Masa : 8.30 Malam
Tempat : KG BUKIT KECIL ( HADAPAN FLAT BARU BUKIT KECIL ) K.TRG

PENCERAMAH :

YB. DATUK ZULKIFLI NORDIN
( AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BARU )

Y.BHG.PROF.MOHD NOR DERIS
( BEKAS AHLI DEwan ULAMA` PAS )

Sahabat-sahabat semua di jemput hadir.....
Jumpa anda di sana......

KAMI AKAN TERUS MENYAYANGI UMNO/BN


Salam buat semua pembaca setia blog kami ini. Maaf jua yang kami mohon kerana telah lama tidak "up date". Kami cuba sedaya untuk terus menulis perkembangan kami.

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini kami menerima banyak permintaan untuk "join" grup kami di facebook. Kini grup kami mempunyai 2293 orang ahli. Insyaallah keahlian ini akan semakin bertambah dari sehari ke sehari sehingga tarikh pilihanraya nanti. PRU 13 akan menjadi penentu kejayaan GKAMKT. Kami tetap bersemangat untuk memenangkan UMNO/Barisan Nasional di setiap DUN seterusnya merampas kembali P036 Kuala Terengganu.

Beberapa program telah kami adakan dan alhamdulillah, setiap program kami mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Bermula dengan BBQ tempoh hari, kami terus mengatur program.


PERLAWAN PERSAHABATAN FUTSAL DENGAN KAWAT


MEMBUAT LAPORAN POLIS ISU AGAMA KRISTIAN AGAMA RASMI MALAYSIA

"POT LUCK" adalah satu program yang betul-betul memberi semangat kami. Ini kerana kami tidak menyangka begitu ramai yang hadir membawa makanan sendiri dan "makan bersaing" di Padang Dataran Syahbandar.

Langkah terus kami atur dengan gabungan beberapa anak muda yang begitu bersemangat dan mempunyai jiwa yang kental. Muka kami juga yang semakin tebal.Tebal kerana rupanya bukan mudah untuk berjuang mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara yang dikecapi sekarang. Bahkan rupanya banyak halangan yang kami terpaksa tempuhi.

Yang paling menyakitkan apabila ada yang bertanya apa hasrat kami yang sebenar, berubah untuk apa dan macam-macam lagi. Padahal perubahan ini amat perlu dalam semua insan bergelar hamba ALLAH, berubah atau berhijrah dari sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik. Dalam konteks kehidupan seharian sebagai hamba ALLAH, mungkin sering kita terlalai dengan melakukan perkara-perkara yang tidak diredhai lalu kita tekad untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik.

Dalam politik pula, kami merasakan telah sampai masanya kami berubah, memastikan kemenangan Barisan Nasional kerana ketika ini wakil rakyat kami di P036 (WAKIL RAKYAT DARI PAS) tidak memberi apa-apa bantuan kepada kami, kepada rakyat.

Contoh yang paling ketara ialah apabila angin ribut melanda Kuala Terengganu 3 minggu yang lalu. Kami dapati hanya pimpinan UMNO bahagian yang turun ditengah malam selepas ribut melanda untuk melihat sendiri keadaan rumah yang rosak dan pokok-pokok yang tumbang. Keesokannya hampir semua rumah yang dilaporkan rosak telah diperbaiki atas inisiatif pimpinan UMNO di Kuala Terengganu. Sebaliknya, menurut sahabat yang tingal di Wakaf Mempelam, mereka telah beramai-ramai ke rumah wakil Rakyat PAS (Wahid Endut) untuk memohon simpati namun setelah beberapa kali memberi salam tetapi tiada jawapan yang diterima, Malah rumah yang berpagar tinggi hanya kaku, sekaku wakil rakyat yang pastinya RAKYAT DAH SALAH PILIH.

Kembali kepada program yang telah kami adakan. Sebenarnya banyak yang dirancang, ikutkan kami, kami ingin terus turun ke kampung-kampung untuk mengajak lebih ramai sahabat ANAK MUDA menyertai kami, bahlan salah satu rancangan kami ialah mengadakan satu himpunan besar-besaran melihatkan 5 sehingga 10 ribu anak muda di Kuala Terengganu untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan dan Barisan Nasional namun kekangan kewangan membantutkan rancangan kami. Kami hanya mampu bergerak sekadar kemampuan kewangan kami sahaja. Bukan menidakkan sumbangan kerajaan dan pimpinan tetapi setakat ini kami masih tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih besar. Maklum sahaja di tempat kami ini 3 DUN di miliki PAS dan Parlimen juga di miliki PAS. So faham-faham jerlah kan......



PROGRAM DI PULAU KAPAS

Oh ya!, Pada 16 - 18 Jun 2011 yang lalu kami b erjaya mengadakan satu program yang kami anggap sangat berjaya. Kami membawa 120 orang peserta baru ke Pulau Kapas dan berkongsi Ilmu di sana. KEM BERANI BERUBAH, kem yang telah membawa kepada suatu perubahan untuk 120 peserta ini. Yang menariknya peserta telah membayar sendiri untuk menyertai kem tersebut. Sememangnya kami mahu buang persepsi bahawa semua program adalah percuma......Sehingga kini peserta masih lagi menghubungi kami dan terus menerus ingin mengikuti perkembangan dan turut sama menjaya program-program kami seterusnya. Di malam akhir, saya masih ingat bagaimana seorang "Mat Rempit" menitiskan airmata kerana menyedari kedudukan dirinya bagaikan telir di hujung tanduk di bumi miliknya sendiri ini. Seorang peserta perempuan pula menangis tersedu sedan. apabila ditanya, beliau menginsafi betapa dirinya perlu berubah...dari suatu titik hitam kepada suatu yang lebih bercahaya..



Begitulah....begitulah antara pengalaman yang telah kami dapat dari beberapa program yang telah kami adakan. Kami semua budak baru belajar...namun kerana semangat kami teruskan juga...

Demi ALLAH. kami tidak rela menjadi pengemis di bumi kami sendiri... kami tidak mahu anak cucu kami kencing di kubur kami nanti....

KEPADA PEMBACA BUDIMAN YANG MEMPUNYAI IDEA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DENGAN MEMBERI KOMEN DI BAWAH. KEPADA YANG INGIN MENYUMBANG JUGA KAMI ALU-ALUKAN.

TERIMA KASIH BUAT SEMUA....

HIDUP ISLAM!!!! HIDUP MELAYU!!! HIDUP UMNO!!!!

Thursday, May 5, 2011

GEMPAR!!! Perdana Menteri Merestui GKAMKT (Berani Berubah)

Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan beroperasi, GKAMKT mula mendapat perhatian dari anak-anak muda sekitar Kuala Terengganu. Kini keahlian GKAMKT telah mencapai hampir 2000 orang. Walaupun Gerakan ini masih bertatih namun kepercayaan anak muda Kuala Terengganu telah menaikkan semangat pihak admin untuk mengatur beberapa lagi program selepas ini bagi membangkitkan semangat jitu anak muda Kuala Terengganu untuk memastikan kemenngan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Untuk makluman GKAMKT telah berjaya mengadakan beberapa program sebelum ini yang rata-rata telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Antaranya ialah BBQ Berani Berubah, walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM10 seramai hampir 300 orang telah mendaftar untuk menghadirinya.




Seterusnya GKAMKT telah mengadakan program makan bersaing (Pot Luck) di mana ahli-ahli telah diminta membawa makanan untuk di makan bersama-sama. seramai hampir 100 orang hadir dengan berbagai-bagai juadah yang dibawa.

Yang paling menarik dan tidak akan dilupakan oleh setiap ahli ialah apabila 3 orang ahli GKAMKT telah di jemput ke majlis pertemuan rakan facebook YAB Perdana Menteri yang telah diadakan bersempena lawatan sehari PM ke negeri Darul Iman ini. Pertemuan telah itu digunakan sebaiknya oleh ahli untuk menerangkan kepada YAB PM berkenaan GKAMKT.



Lanjutan dari pertemuan itu YAB PM telah memaklumkan kepada rakyat Kuala Terengganu yang berjumlah hampir 26,000 orang ketika Majlis Jamuan Rakyat yang diadakan di Taman Shahbandar pada 30 April yang lalu berkenaan Gerakan ini. Bagi YAB PM Gerakan ini adalah satu gerakan yang perlu diperkuatkan demi untuk melihat BN kembali merampas kembali parlimen Kuala Terengganu dan dun-dun yang di"pinjam"kan kepada PAS.






Bagi kami di GKAMKT, apa yang diperkatakan oleh YAB PM adalah satu cabaran dan juga amana serta tanggungjawab yang perlu kami pikul demi untuk menguatkan BN di negara Malaysia tercinta.

GKAMKT mengharapkan lebih ramai anak muda Kuala Terengganu akan mendaftar menjadi ahli kami demi melihat AGAMA, BANGSA dan NEGARA terus gah. Perjuangan GKAMKT adalah suatu perjuangan yang suci bagi mempertahankan perlembangaan. Di tangan anak mudalah telahnya masa depan sebuah negara bernama Malaysia. Tersilap langkah segalanya akan hancur dan hilang.

UNTUK ITU GKAMKT SEDANG BERUSAHA MENAMBAHKAN AHLI DIDALAM GRUP FB YANG DINAMAKAN GERAKAN KEBANGKITAN ANAK MUDA KUALA TERENGGANU (BERANI BERUBAH).

CARA UNTUK MENYERTAI GRUP:
1) KLIK KEPADA LOGO GKAMKT DI SEBELAH KANAN BLOG INI.
2) SAHABAT-SAHABAT AKAN DIPAUTKAN TERUS KE GRUP GKAMKT.
3) UNTUK MENYERTAI GRUP SAHABAT-SAHABAT BOLEK KLIK KE "ASK TO JOIN".
4) KEPUTUSAN UNTUK MEMBENARKAN SAHABAT-SAHABAT MENYERTAI GRUP TERLETAK DI TANGAN ADMIN.

Mariah bersama-sama GKAMKT berjuang demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

UMNO LEBIH ISLAMIK!!!!!


Tuesday, March 15, 2011

Saturday, March 12, 2011

GEMPAK!!! BERANI BERUBAH AKAN MENULAR KESELURUH NEGERI



GERAKAN BERANI BERUBAH MULA MENDAPAT PERHATIAN DARI PEMIMPIN-PEMIMPIN TERENGGANU. SEMOGA GERAKAN INI AKAN MENULAR KE SELURUH NEGERI TERENGGANU YANG BERTUAH INI.